Muslim Al Fateh Bantu Masalah Air di Kelantan
Bina Telaga Wakaf di Kampung Kota Jembal
Umum sedia mengetahui bahawa masalah bekalan air bersih di Kelantan begitu sinonim dan berlarutan sejak sekian lama seolah-olah tidak berpenghujung.
Tahun bertukar tahun, masih belum ada inisiatif yang dapat menyelesaikan dan bantu masalah air di Kelantan yang dihadapi penduduk setempat selama ini.
Dalam menangani permasalahan ini, Pertubuhan Muslim Al Fateh sebagai salah sebuah NGO yang bergiat aktif dalam Projek Wakaf Telaga@Asia mengambil satu langkah proaktif menyantuni penduduk sesama negara.
Setelah menerima banyak aduan berkenaan permasalahan bekalan air, pihak Muslim Al-Fateh akhirnya telah berjaya membina sebuah telaga wakaf di Kampung Kota Jembal.
Permasalahan ini diajukan oleh beberapa individu daripada masyarakat setempat setelah Projek Wakaf Telaga @ Malaysia dijalankan dibeberapa kawasan pedalaman negeri Sabah, rentetan daripada permasalahan yang sama.
“Masalah air di Kelantan sudah bertahun-tahun seperti tiada penyelesaian. Jadi kami mengambil inisiatif sendiri membantu penduduk Kelantan yang memerlukan bekalan air bersih ini.” – Pengerusi Pertubuhan Muslim Al Fateh, Azrul Afendy.
Pembinaan telaga wakaf di Kelantan ini benar-benar memberi kesan kepada penduduk kampung. Ini merupakan kesan daripada masalah sebelum ini yang memaksa penduduk mencari alternatif sendiri, memastikan paip di rumah mereka sentiasa mengalirkan air.
Sebelum ini, lebih 500 buah Wakaf Telaga telah dibangunkan oleh Pertubuhan Muslim Al-Fateh diserata Asia. Antaranya di Myanmar, Filipina, dan Indonesia. Kini Malaysia juga perlu mendapat perhatian berkenaan isu bekalan air bersih.
Pertubuhan Muslim Al Fateh juga bergerak aktif dalam menjalankan projek-projek dalam dan luar negara. Seperti Bakul Makanan Asnaf (bakulmakanan.com), Set Pengurusan Jenazah (setpengurusanjenazah.com.my), dan Cakna Care (projekbumbung.caknacare.org).
Sehubungan dengan itu, pihak Muslim Al-Fateh mengharapkan agar usaha Wakaf Telaga (wakaftelaga.asia) dapat diteruskan lagi. Ini sekaligus bagi membantu masyarakat dalam negara memandangkan masih banyak lagi tempat dan kawasan yang sukar mendapatkan bekalan air bersih.
Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.